Monday, May 25, 2009

panasnye...

adoi la arini..seyes panas...
korang de rase panas cam aku x???
ntah le...aku ni kalo panas senang2 je nk naek angin..buang angin???ups...rasia sudah!!
ni kompem pasal pemanasan global nih..
ni ha..sumthing pasal global warming yg sangat dewa terok nye...

Apakah itu Pemanasan Global?
o Peningkatan purata suhu atmosfera permukaan bumi secara global dan disebabkan
oleh aktiviti manusia atau secara semulajadi.

Bagaimanakah pemanasan global terjadi?
o Apabila gas-gas seperti karbon monoksida, karbon dioksida, kloro flourokarbon
(CFC), metana dan nitrus oksida menyerap sinaran daripada matahari dan
mengeluarakan semula sinaran tersebut, suhu purata atmosfera bumi akan
meningkat. Gas-gas ini juga menyerap tenaga haba yang dikeluarkan daripada
sistem atmosfera bumi. Ini secara kolektif akan meningkatkan lagi suhu purata
atmosfera bumi.
o Aktiviti-aktivi manusia seperti penjanaan tenaga elektrik, peningkatan
pengangkutan dan penggunaan CFC untuk tujuan pengawalan udara (airconditioning)
dan sebagai ‘propellant’ dalam bekas aerosol, telah menyebakan
pengeluaran gas – gas tersebut meningkat. Sumber gas-gas seperti ini yang
disebabkan oleh aktiviti manusia dinamakan gas-gas ‘anthropogenic’.
o Antara gas-gas rumah hijau yang paling banyak menyerap radiasi tenaga haba
daripada bumi adalah CFC. CFC pula bertindak dengan gas ozon daripada lapisan
ozon dan meyebabkan penipisan lapisan ozon. Lapisan ozon bertindak melindungi
kehidupan bumi daripada radiasi merbahaya seperti sinaran ultra lembayung (UV)
B. Penipisan lapisan ozon seterusnya akan menyebabkan radiasi sperti UVB
sampai ke bumi dan akan menyebabkan peningkatan dalam kanser kulit dan
penyakit mata.

Apakah akibat pemanasan global?
o Cuaca dan iklim bumi sangat dipengaruhi oleh perbezaan suhu dan kandungan
wap air. Peningkatan purata suhu atmosfera bumi akan mengubah cuaca (climate
change) di bumi. Pemanasan global juga akan menyebabkan pencairan ais dan
glasier di kawasan Artic dan Antartika. Ini akan menyebabkan peningkatan dalam
aras laut. Kawasan-kawasan dan bandar-bandar tepi laut seperti New York dan
Rotterdam sudah mula mengalami kenaikan aras laut. Negara-negara pulau
(island states) seperrti Vanuatu telah kehilangan beberapa pulau-pulau kecil
akibat kenaikan aras laut.
o Ada juga jangkaan bahawa perubahan cuaca akan mempengaruhi kekerapan dan
‘intensity’ribut. Salah satu contoh adalah kekuatan dan kebinasaan yang
disebabkan oleh rebut Katrina di Amerika Syarikat pada tahun 2005 dan banjir
yang dialami di Malaysia di hujung tahun 2006 hingga awal tahun 2007.
o Aras laut pula dijangka meningkat 15cm pada tahun 2050 dan 34cm pada tahun
2100.
o Mengikut model matematik perubahan cuaca suhu purata global akan meningkat
1 hingga 2 darjah Celcius pada tahun 2030 disebabkan peningkatan dalam
pelepasan gas-gas rumah hijau.
o Adalah dijangka dengan perubahan cuaca,, kawasan-kawasan di utara
Khatulistiwa akan menjadi lebih panas dan tempoh musim sejuk akan berkurang.
Negara-negara di selatan Khatulistiwa pula akan menjadi lebih panas dan suhu
musim kemarau akan meningkat. Tempoh kemarau juga akan berpanjangan.
Dengan itu adalah dijangka kawasan-kawasan seperti ini akan mengalami
kekurangan bekalan air.
o Perubahan cuaca bumi akan menyebabkan perubahan dalam kandungan
kelembapan tanah dan seterusnya perubahan dalam jenis tumbuhan yang sesuai
untuk ditanam. Ini akan mempengaruhi industri pertanian sesebuah negara.
o Peningkatan purata suhu global, perubahan cuaca dan peningkatan aras laut akan
menyebabkan perubahan dalam kehidupan manusia. Negara-negara yang kaya
dijangka berupaya menangani masalah-masalah yang akan timbul. Negara-negara
miskin dijangka akan menghadapi masalah yang lebih ketara.

Bagaimanakah saya sebagai pengguna dapat mengurangkan pengeluaran gas rumah
hijau?

o Oleh kerana sebahagian besar jumlah gas-gas rumah hijau di atmosfera
disumbangkan oleh aktiviti manusia, kita sebagai pengguna harus
memberhentikan penggunaan bahan yang mengandungi CFC. Apabila membeli
tin-tin aerosol, baca label dan pilih produk dalam tin aerosol yang tidak
menggunakan CFC.
o Kebanyakan pengeluaran ‘athropogenic’ gas-gas rumah hijau adalah disebabkan
pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan petroleum. Oleh kerana itu
sebagai pengguna kita harus mengurangkan permintaan terhadap bekalan elektrik
dengan mengamalkan penjimatan bekalan elektrik. Ubah cara hidup kita untuk
mengurangkan pergantungan kepada pengangkutan – seperti memandu ketika
kurang kesesakan lalulintas, pastikan kenderaan diselengara mengikut kekerapan
tertentu. Anda juga boleh mengurangkan pergantungan kepada kenderaan
persendirian dan menggunakan pengangkutan awam dan berjalan atau berbasikal
untuk perjalan jarak dekat.
o Kurangkan penjanaan sampah dan pastikan sampah dibuang dengan
bertanggunjawab. Pereputan sisa-sisa organik mengeluarkan gas-gas rumah hijau
seperti metana.
o Kita harus membeli dan seterusnya menggalakkan penggunaan produk kayukayan,
di mana sumber kayu untuk produk-produk sedemikian datang daripada
hutan yang diurus secara lestari dan mengamalkan penanaman semula hutan.
o Secara keseluruhan kita harus menggunakan sumber-sumber bumi dengan penuh
bertanggungjawab. Fikir dahulu sebelum guna / membeli.

Apakah yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan pengeluaran gas
rumah hijau?

o Di peringkat negeri pelbagai undang-undang boleh digubal untuk mengurangkan
pembalakan dan penebangan hutan. Pengurusan hutan yang lestari juga harus
diamalkan. Pembalakan dan industri berasaskan sumber –sumber hutan harus
mengikuti garis panduan yang telah dibangunkan untuk tujuan pembangunan
industri berasaskan hutan secara lestari. Contoh-contoh garispanduan tersebut
adalah seperti pensijilan FSC (Forest Stewarship Council).
o Di peringkat kebangsaan dan dengan kerjasama kerajan negeri dan tempatan
pelbagain usaha-usaha pemantauan dapat dilakukan untuk mengalakkan industriindustri
menggunakan peralatan seperti motor yang efisien dan mengurangkan
penggunaan tenaga elektrik.
o Infrastruktur dan sistem pengangkutan awam harus diperluaskan ke kawasan
perumahan supaya penggunaan kereta persendirian juga boleh dikurangkan.
Sistem pengangkutan awam juga harus selamat untuk pengguna, terutamanya bagi
kaum wanita.
o Kerajaan juga boleh menjadikan pelabelan kecekapan tenaga bagi peralatan letrik
seperti lampu, peti sejuk dan lain-lain perkakas elektrik wajib atau mandatori.
Seterusnya mengenakan tindakan untuk mengelakkan penjualan perkakas elektrik
yang tidak mempunyai label atau penyalahgunaan label-label tersebut.
o Pihak kerajaan juga harus meningkatkan kajian terhadap penggunaan sumber
tenaga alternatif yang boleh diperbaharui bagi pengangkutan dan penjanaan
tenaga elektrik. Kita harus mengurangkan pergantungan terhadap bahan api fosil

PS:beb... gua bukan saje2 letak benda nih..atleast wa bg info berguna kat lu org, rite???

0 comments: