SIAPA BANGANG
Seorang lelaki telefon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab telefon lelaki tersebut.
Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"
Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"
Jururawat: "Pulak... "
RAHSIA MENANGKAP IKAN
Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut... so crew TV9 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.
Crew TV9 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Nelayan : "Oh, pakcik guna firasat. Pakcik tengok cara isteri pakciktidur bila pakcik bangun pagi.
Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala ke kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."
CrewTV9 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Nelayan : "Itu tandanya rezeki depan mata, pakcik tak turun ke laut pagi tu... "
CrewTV9 : "O, ye ke... "
MALUNYA
Seorang wanita muda telah terberanak di dalam sebuah lif.. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan pakar ilmu jiwa untuk pujukdier keluar.
Pakar ilmu jiwa tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih."
Wanita muda yang terberanak itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu."
pakar ilmu jiwa itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!"
Mendengarkan kata-kata pakar ilmu jiwa tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak,uhwaaa.. .. !!!"
Pakar ilmu jiwa itu tak tahu nak cakap aper.
Nyonya Mei Lee
> Pada suatu hari, seorang Nyonya bernama Nyonye Mei Lee datang ke KL untuk
> kali pertama selepas menang loteri. Beliau check-in disebuah hotel mewah
> dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Nyonya Mei Lee.
> Nyonya Mei Lee dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Nyonya Mei Lee melihat ke sekeliling.
> Beliau tetiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.
"Eksekius mi, lu jangan ingat wa tua, mali dari kampung, tatak tau duduk hotel.. sudah baya latut latut, lu kasi ini bilik ka??! kicik!! tatak tibi, tatak lemari tatak apa pun??? katil mau titun pun tatak????, haiyyaaa..mau tipu olang ka??!!"
> Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar Nyonya, ini baru lift, maaa....."
PS: esok aku post cte jiwang lak..kompem korang sedey...
tunggu k???
0 comments:
Post a Comment